23 Jan 2012

Takziah

Woke up this morning, dapat email dari Kak Mimah. 
Cerita sedih dari Msia. Kembalinya arwah abah Kak Mimah pada hari Jumaat yang lepas. 
Salam takziah untuk Kak Mimah sekeluarga. 
Al-Fatihah.

Sesiapa yang perasan, banyak kali Fazira mention nama Kak Mimah dalam blog ini. 
Salah seorang geng BFF. Salah seorang pejuang kental PhD di sini. 

Rasanya baru last Saturday, Kak Mileen ym Fazira tanya khabar berita Kak Mimah.
Kak Mileen tanya tahu tak apa-apa perkembangan Kak Mimah di Msia, sbb blog dah lama sepi.
Gerak hati Fazira dah rasa lain macam, tapi takut nak mention kat Kak Mileen masa tu. 
Hanya doa yang dititpkan agar abah Kak Mimah sihat sediakala. 
Tapi Allah S.W.T lebih menyayanginya. 

Diharap Kak Mimah pun tabah untuk menghadapi dugaan ini. 
Apatah lagi ditambah dengan dugaan PhD. 
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 
Insyallah, Fazira dan Kak Ayu ada disini untuk mendengar apa juga rintihan Kak Mimah.

Al-Fatihah. 

Love,
Fazira

2 celoteh:

DeLancrettLurpak said...

Thanks dear

JieJ said...

Salam Takziah tuk Kak Mimah dan keluarga

Post a Comment

 

Dari Jitra Ke London Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger